Friday 8 April 2011

cinta kepada ALLAH

kita seorang insan yang cukup bertuah
kerana dilahirkan di muka bumi allah
yang maha Esa ini
tiada pencipta kita yang lain
selain Allah s.w.t
Dialah yang layak dicintai
oleh semua mukmin di dunia ini
hinggalah akhirat kelak
Dia juga yang mengurniakan
kepada kita kemewahan dan kesenangan
malah kesusahan juga dikurniakan
untuk menguji sejauh manakah
tahap kesabaran,ketaqwaan dan keimanan
kita kepada-Nya
hanya Allah yang patut
Dicintai dengan sepenuh hati
tanpa ragu-ragu
sesungguhnya hidup dan mati kita
adalah di tangan allah s.w.t
dari Dialah kita datang
dan pada-Nya juga kita akan dikembalikan
oleh itu cintalah kepada allah
insyaallah Dia akan mencintai,
Kita lebih dari segalanya...

1 comment:

  1. bgos ni..hahahha...tingkatkan lg yer...hahhahaha

    ReplyDelete