Monday, 16 April 2012

nak buat kek nie pulak la

assalamualaikum suma..malam nie cik rehan tetiba ja teringin nak makan kek..adehh sedap la pulak..haishhh nak kena buat nie..sabaq nohhh arini cik rehan nak share resipi ja dgn ampa suma..next time bila cik rehan dh buat cik rehan tunjuk mcm mana jadi pulak ey sekali dengan rasa dy sekali..huhuh




ermmmm yummyy...sedapnya..haishhh x sbaq nak buat nie..huhuhuhuh..uke jom tgk bahan nak buat kek chocolate moist nie :p

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila

      TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar
uke next step plak..meh kita tgk cara-cara nak buat pulak..hehehe

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. dan pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah disapu minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan dlm peti sejuk ya.
  6. Untuk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah mengikut kesukaan anda...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. uke dah siap..mudah je kan..     
SELAMAT MENCUBA DARIPADA merpatibluebebasdiudara         

No comments:

Post a Comment