assalamualaikum..sempena hari ibu yang dh dekat nie..cik rehan dh buat puisi khas untuk MAK cik rehan..
untuk mak tersayang..ini luahan isi hati anakmu
KEHADAPAN IBU TERSAYANG
KUTULIS PUISI YANG PANJANG
SUPAYA DAPAT IBU KENANG
DIKALA WAKTU PETANG
IBUKU SAYANG
TAK PERNAH MENGELUH PANJANG
SUNGGUH TABAH IBU BERJUANG
MENYARA KELUARGA TANPA AYAH TERSAYANG
6.30 PAGI LEPAS SEMBAHYANG
DISAAT MASIH TERASA SEJUK HINGGA KE TULANG
IBU MENGALAS TULANG BELAKANG
DENGAN KECEKALAN YANG TAK PERNAH LEKANG
DISAAT KELAM ADA KUNANG
IBU MENYUSURI JALAN KECIL BENDANG
MENCARI REZEKI YANG TERLUANG
UNTUK MEMBESARKAN KAMI 5 ORANG
IBU PULANG JAM 3 PETANG
MENAIKI MOTOSIKAL MERAH TERSAYANG
KUTATAPI WAJAHMU YANG KIAN USANG
TERDAPAT CAIRAN DIPIPI YANG BERLINANG
TERINGAT PULA KENANGAN DI WAKTU PETANG
SEWAKTU IBU BARU PULANG
TAK PERNAH LUPA MEMBAWA PULANG
MAKANAN KEGEMARAN ANAKMU SEORANG
WAHAI IBUKU SAYANG
USAPLAH AIR MATA YANG BERLINANG
DERITA LAMA SEGERALAH DIBUANG
USAHLAH JUGA IBU KENANG
KINI TELAH TIBA MASA ADIK BERJUANG
MEMBALAS SETIAP KERINGAT YANG DIBUANG
MEMBERI REZEKI DAN KASIH SAYANG
KEPADA DIRIMU IBUKU TERSAYANG
tulus dan ikhlas
merpatibluebebasdiudara
No comments:
Post a Comment