Wednesday, 18 April 2012

satu lagi resipi

assalamualaikum..

arini cik rehan nak share 1 lagi resipi buat kuih pau...hehhe..cik rehan nak beli kat tepi jalan pown sebiji kuih pau nie agak mahal..kan??apa kata kita try buat sendiri..boleh dpt bnyak and boleh makan dengan family..cik rehan nak try buat..tapi x taw bila..huhu

Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak
  • 50 g gula halus (3 1/2 sb rata)
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 g crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ:-

Cara-cara

  1. Satukan air suam,gula,garamyis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  3. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.

Monday, 16 April 2012

nak buat kek nie pulak la

assalamualaikum suma..malam nie cik rehan tetiba ja teringin nak makan kek..adehh sedap la pulak..haishhh nak kena buat nie..sabaq nohhh arini cik rehan nak share resipi ja dgn ampa suma..next time bila cik rehan dh buat cik rehan tunjuk mcm mana jadi pulak ey sekali dengan rasa dy sekali..huhuh




ermmmm yummyy...sedapnya..haishhh x sbaq nak buat nie..huhuhuhuh..uke jom tgk bahan nak buat kek chocolate moist nie :p

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila

      TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar
uke next step plak..meh kita tgk cara-cara nak buat pulak..hehehe

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. dan pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah disapu minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan dlm peti sejuk ya.
  6. Untuk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah mengikut kesukaan anda...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. uke dah siap..mudah je kan..     
SELAMAT MENCUBA DARIPADA merpatibluebebasdiudara         

Friday, 13 April 2012

badminton lagi..

huh penat main badminton bersama kawan-kawan cik rehan tadi..dh lama x main rasa dah x reti main pown ada..agak kaku sebentar tadi disebabkan kehadiran rakan yang tidak begitu rapat..kekok dibuatnya...*tidak ada sebarang perasaan lain okey??* jangan salah faham disitu..setelah seminggu tidak keluar rumah..begini lah rasanya..agak hepi berbanding hari-hari biasa sebab dapat jumpa kawan-kawan.uke perancangan esok hari..cik rehan nak jogging kat tasik pulak sebab dh lama x p tasik..hahaha rasa rindu pulak kat tasik tu..huhuhu

Thursday, 12 April 2012

khas untuk mak

assalamualaikum..sempena hari ibu yang dh dekat nie..cik rehan dh buat puisi khas untuk MAK cik rehan..
untuk mak tersayang..ini luahan isi hati anakmu

KEHADAPAN IBU TERSAYANG
KUTULIS PUISI YANG PANJANG
SUPAYA DAPAT IBU KENANG
DIKALA WAKTU PETANG

IBUKU SAYANG
TAK PERNAH MENGELUH PANJANG
SUNGGUH TABAH IBU BERJUANG
MENYARA KELUARGA TANPA AYAH TERSAYANG

6.30 PAGI LEPAS SEMBAHYANG
DISAAT MASIH TERASA SEJUK HINGGA KE TULANG
IBU MENGALAS TULANG BELAKANG
DENGAN KECEKALAN YANG TAK PERNAH LEKANG

DISAAT KELAM ADA KUNANG
IBU MENYUSURI JALAN KECIL BENDANG
MENCARI REZEKI YANG TERLUANG
UNTUK MEMBESARKAN KAMI 5 ORANG

IBU PULANG JAM 3 PETANG
MENAIKI MOTOSIKAL MERAH TERSAYANG
KUTATAPI WAJAHMU YANG KIAN USANG
TERDAPAT CAIRAN DIPIPI YANG BERLINANG

TERINGAT PULA KENANGAN DI WAKTU PETANG
SEWAKTU IBU BARU PULANG
TAK PERNAH LUPA MEMBAWA PULANG
MAKANAN KEGEMARAN ANAKMU SEORANG

WAHAI IBUKU SAYANG
USAPLAH AIR MATA YANG BERLINANG
DERITA LAMA SEGERALAH DIBUANG
USAHLAH JUGA IBU KENANG

KINI TELAH TIBA MASA ADIK BERJUANG
MEMBALAS SETIAP KERINGAT YANG DIBUANG
MEMBERI REZEKI DAN KASIH SAYANG
KEPADA DIRIMU IBUKU TERSAYANG

tulus dan ikhlas
merpatibluebebasdiudara

Wednesday, 11 April 2012

cuti lagi

assalamualaikum..
kali nie cuti sem mmg boring x taw nak habaq macam mana dah ehh..suma activity yang dipelan x menjadi..sungguh cemuih cik rehan dibuatnya..suma sibuk dengan hal masing-masing..nak qeja pown x jadi,duk rumah sungguhla cemuih,mengadap lappy je la qejanya..lama2 betambah x nampakla cik rehan..hahaha..entry nie sungguhla mengaqut sbb cik rehan dh x da arah nak buat apa..hahaha..maap noh kalaw x suka sila cari button 'X'..aiyoo kezamboo