Monday 20 June 2011

kematian adalah suatu yang pasti....

assalamualaikum...

ERTI HADIS:

DARIPADA ABU HURAIRAH RADHIALLAHUANHU BERKATA:RASULULLAH SAW. BERSABDA : "PERBANYAKKANLAH OLEHMU MENGINGATI SESUATU YANG MEMUTUSKAN SEGALA KELAZATAN".

                                                                                                                     H.R.TARMIZI


KETERANGAN HADIS:


 yang dimaksudkan dengan sesuatu yang memutuskan segala kelazatan ini adalah mati. Mati adalah suatu hakikat atau kenyataan yang dipersaksikan oleh setiap manusia yang hidup di atas permukaan bumi.setiap masa kita mendengar berita kematian.ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital,ada yang mati dengan terjatuh dari bangunan yang tinggi,ada yang mati lemas di dalam air,ada yang mati dari akibat nahas di jalan raya,dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang telah kita saksikan dan hanya allah swt. sahaja  yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayat.

         
         

 kita tak tahu bila nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut,di tempat manakah badan kita akan terkujur sejuk kedinginan dan sudah tidak bergerak lagi,ketika itu roh kita akan naik ke atas langit dan kita pun belum tahu lagi,apakah roh kita akan diterima untuk berhimpun bersama arwah para anbiya,syuhada dan ulama ataukah akan ditolak lalu dicampakkan ke jurang api neraka(na'uzubillahiminzalik)....



astaqfirullahala'zim......mari kita beristiqhfar sebanyak yang boleh..wajarlah bagi kita untuk selalu beristiqhfar kepada Allah swt.dan meminta keampunan daripadaNya.kalau rasulullah saw. yang tidak berdosa dan dijamin masuk syurga pown selalu berisghfar kepada allah swt. dalam sehari semalam paling kurang 77 kali,maka kita sebagai orang awam dari kalangan umat islam iaitu umatnya ini tentu lebih perlu kepada memperbanyakkan istighfar dan merayu kepada allah swt. supaya diampunkan segala dosa2 kita..



hari ini kita pergi mengusung jenazah orang lain,nanti pada suatu hari kita akan diusung pula oleh orang lain.hari ini kita pergi untuk sembahyang jenzah orang lain,nanti pada suatu hari orang ramai akan datang untuk menyembahyangkan kita pula.suatu hakikat yang pasti akan terjadi,namun ramai yang melupakannya atau sengaja tadak mahu mengingatinya.



mengingati mati adalah pencuci hati yang sangat berkesan.dari sanalah kita memasuki pintu keinsafan dan kesedaran.kita akan berfikir dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu yang mahu kita lakukan bukan hanya untuk masa untuk masa sepuluh atau duapuluh tahun sahaja,tetapi kita akan berfikir untuk masa depan yang lebih jauh daripada itu.fikiran dan pertimbangan kita akan menjangkau wawasan akhirat yang menjangkau masa jutaan tahun ke depan bahkan lebih jauh lagi daripada itu.kita berfikir untuk menyusun masa depan kita di alam kubur nanti,di padang mahsyar,ketika di hisab dan ketika dihadapkan kepada mahkamah tuhan rabbun jalil.maka perlulah dibuat perancangan yang teratur untuk kita dapat selamat daripada api neraka dan mendapat keberuntungan dengan memasuki syurga,yang penuh dengan segala nikmat dan kelazatan.

No comments:

Post a Comment