Tuesday, 28 June 2011

membuka pintu rezeki...

pintu rezeki adalah sumber yang boleh mendatangkan rezeki kepada seseorang.jika pintu itu tertutup maka manusia akan menghadapi kesusahan dalam memenuhi keperluan rumahtangga dan lain-lain  seumpamanya.




antara cara-cara untuk membuka pintu rezeki ialah dengan jalan bertaqwa kepada Allah,kerana Allah Taala telah berjanji,bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada-Nya,akan dijadikan baginya jalan keluar dan diberi-Nya rezeki dari sumber yang tidak pernah disangka-sangkanya sebelumnya.




selain bertaqwa kepada Allah s.w.t.,pintu rezeki tersebut juga dapat dibuka dengan menghampirkan diri kepada Yang Memiliki Rezeki tersebut dengan menyebut nama-Nya banyak-banyak,semoga Allah akan mengurniakan rezeki kepada hamba-nya






amalkan zikir asma' ul-husna berikut :




1)ya Allah

2)ya a'ziz

3)ya razak

4)ya basit

5)ya qayum

6)ya wakil

7) ya akhir



~wassalam~

Saturday, 25 June 2011

pelbagai ragam manusia

assalamualaikum...

 manusia mempunyai pelbagai ragam...dah mcm2 jenis manusia aku jmpa,...antaranya

1)baik hati
2)jujur dan ikhlas dalam persahabatan
3)x mengaharapkan balasan
4)muka tembok
5)talam dua muka
6)belagak nak mampuih
7)suka melaga-lagakan owg
8)busuk hati or kedengki
9)peramah dan mudah mesra dengan suma owg
10) seorang yang pemaaf
11)pendengar yang setia
12)pemarah atau emo
13)terlalu sensitif
14)ego yang teramat tinggi
15)x boleh menerima pandangan owg lain
16)berprasangka buruk pada suma owg
17)x da pendirian diri sendiri
18)pemalas
19)suka menolong owg yang dalam kesusahan
20)bersikap terbuka
21)x yakin pada diri sendiri
22)mudah mengelabah
23)seorang yang x suka bergaul dengan owg lain(kera sumbang)
24)penting diri sendiri
25)x sedar diri

aku pilih number tuttttttttttt........hehehe..perangai aku pown da jgk dalam nie...tp mna bleh bgtw owg...hanya aku ja yang taw...smaada baik atau buruk 2 bergantung pada diri kita sendiri..

erm banyak lagi yang aku nk senaraikan..tp aku rsa cukup la stakat 25 nie...cuba pilih yang mana 1 diri anda...muhasabah diri masing2...buang yang keruh ambil yang jernih..mulakan hari2 kita dengan positif bukannya negatif...sama2 kita bermuhasabah diri ye...


p pekan beli kunci
kunci disimpan dalam laci
bukan nk marah bukan nak benci
tapi just nak kongsi

pisau tajam terhiris jari
luka dalam hingga hari ini
kalaw ada yang terasa disini
janganlah disimpan didalam hati

hahaha..dah lama x berpantun best la plak...uke la pape pown entry aku kali x ditujukan pada sesiapa k..xda kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati...last skali...thanks pada sesiapa yang melawat blog merpatibluebebasdiudara k...semoga esk jadi hari yang lebih baik untuk kita semua...huhuhu...

                                                     ma'asalamahwailalliqak...wassalam

Friday, 24 June 2011

sebulan bersama bagaikan setahun

assalamualaikum...

setelah aku menjejakkan kaki ke uitm..aku takowt kalaw x jmpa kwn yang sesuai dengan aku..maklumlah hari first smpai sana bkan nk kenai lagi suma owg..first aku smpai aku trus p blik aku yang bernombor 2089...dalam blik 2 ada 4 owg..termasuklah aku...depa dari peneng,perak,selangor..dan aku dari kedah...nasibla da jgk owg utaqa dalam blik aku..disebabkan aku dgn bdak peneng 2 owg utaqa...so da sowg membe depan blik aku slalu mai joint blik kami...start ja minggu destinisi siswa(MDS)...kmi rapat cm dah lama kenal...alhamdulillah kwn2 aku yang nie sumanya baik2...mimi,shahira,hamidah,and shikin...thanks sbb sudi kawan dengan aku...


gambar kami 5 owg pusing uitm......

susah senang kami kongsi sama2 sepanjang sebulan nie...walaupon aku dgn shahira ja yang sma cos..tp kmi semua sentiasa bersama...tp sayangnya persahabatan kmi dekat uitm nie x lma...dua owg daripada sahabat kami nie dah pergi meninggalkan kami untuk meneruskan pengajian depa dalam bidang yang depa minat..semoga ampa dua success ya midah and eikin..depa dua owg nie nk jadi nurse..tapi pershabatan kita x kan terhenti kat sini..aku harap ampa x kan lupakan kami 3 owg kat uitm nie k...aku miss gila time kita smbahyang jemaah sma2,makan sma2 dalam blik 2089,buka posa sama2,jalan laju cm ribut time MDS,ingat lagi ayat sis OC time MDS 2..."SISWI RAPAT KIRI"..."SISWI CEPAT JALAN"..."SISWI CEPAT MAKAN".....next,snap picture sma2..bergelak ketawa sama2...bilik paling bising yang aku rasa,and yang paling x bleh aku lupa sal aku dgn midah yang terperangkap dalam asap pembunuh nyamuk 2...hahahah midah:ingat dak time 2?dah mcm latihan kebakaran dah kan....kami dua sampai meniarap kat atas lantas coz x tahan dengan kepulan asap pembunuh nyamuk yang sgt tebal smpaikan aku x nampak midah kat mana time 2..tersepak bekas sabun mimie smpai berselerak bilik..ya Allah sumpah aku rasa cm nak mati ja time 2..sesak nafas cm nk mati dah..time 2 mmg rasa cm nk mati..hahaha...sumpah aku fobia bila dengar bunyi 2...bila start ja enjin penyembur 2...dari jauh ag aku leh dengar..kalut aku laqi tengok mesin 2 kat mana...kira nk lari trun  bawah ja...hurmmmmmmmm sedih plak bla mengenangkan saat2 manis kita 2...walaupon bwu sebulan aku kenal ampa..tp aku dah rasa cm setahun kenal ampa..mybe sbb kita  nie terlalu 1 kepala kan..tuk midah dgn eikin tgk la picture yang aku selitkan dalam entry aku kali nie..khas tuk ampa dua..kalau ampa rindu kat kmi 3 kat sini..jenguk2 lah blog aku..insyaallah aku akan masukkan activity kami kat sini sepanjang 3 tahun kat sini k...


hehehehe.....meowwwww



jalan2...tangkap gambar tuk bt kenangan sebelum berpisah

kenangan 2089 sentiasa dalam ingatan...
gudluck 4 mylovely friends
the end..
~salam~

Monday, 20 June 2011

kematian adalah suatu yang pasti....

assalamualaikum...

ERTI HADIS:

DARIPADA ABU HURAIRAH RADHIALLAHUANHU BERKATA:RASULULLAH SAW. BERSABDA : "PERBANYAKKANLAH OLEHMU MENGINGATI SESUATU YANG MEMUTUSKAN SEGALA KELAZATAN".

                                                                                                                     H.R.TARMIZI


KETERANGAN HADIS:


 yang dimaksudkan dengan sesuatu yang memutuskan segala kelazatan ini adalah mati. Mati adalah suatu hakikat atau kenyataan yang dipersaksikan oleh setiap manusia yang hidup di atas permukaan bumi.setiap masa kita mendengar berita kematian.ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital,ada yang mati dengan terjatuh dari bangunan yang tinggi,ada yang mati lemas di dalam air,ada yang mati dari akibat nahas di jalan raya,dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang telah kita saksikan dan hanya allah swt. sahaja  yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayat.

         
         

 kita tak tahu bila nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut,di tempat manakah badan kita akan terkujur sejuk kedinginan dan sudah tidak bergerak lagi,ketika itu roh kita akan naik ke atas langit dan kita pun belum tahu lagi,apakah roh kita akan diterima untuk berhimpun bersama arwah para anbiya,syuhada dan ulama ataukah akan ditolak lalu dicampakkan ke jurang api neraka(na'uzubillahiminzalik)....



astaqfirullahala'zim......mari kita beristiqhfar sebanyak yang boleh..wajarlah bagi kita untuk selalu beristiqhfar kepada Allah swt.dan meminta keampunan daripadaNya.kalau rasulullah saw. yang tidak berdosa dan dijamin masuk syurga pown selalu berisghfar kepada allah swt. dalam sehari semalam paling kurang 77 kali,maka kita sebagai orang awam dari kalangan umat islam iaitu umatnya ini tentu lebih perlu kepada memperbanyakkan istighfar dan merayu kepada allah swt. supaya diampunkan segala dosa2 kita..



hari ini kita pergi mengusung jenazah orang lain,nanti pada suatu hari kita akan diusung pula oleh orang lain.hari ini kita pergi untuk sembahyang jenzah orang lain,nanti pada suatu hari orang ramai akan datang untuk menyembahyangkan kita pula.suatu hakikat yang pasti akan terjadi,namun ramai yang melupakannya atau sengaja tadak mahu mengingatinya.



mengingati mati adalah pencuci hati yang sangat berkesan.dari sanalah kita memasuki pintu keinsafan dan kesedaran.kita akan berfikir dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu yang mahu kita lakukan bukan hanya untuk masa untuk masa sepuluh atau duapuluh tahun sahaja,tetapi kita akan berfikir untuk masa depan yang lebih jauh daripada itu.fikiran dan pertimbangan kita akan menjangkau wawasan akhirat yang menjangkau masa jutaan tahun ke depan bahkan lebih jauh lagi daripada itu.kita berfikir untuk menyusun masa depan kita di alam kubur nanti,di padang mahsyar,ketika di hisab dan ketika dihadapkan kepada mahkamah tuhan rabbun jalil.maka perlulah dibuat perancangan yang teratur untuk kita dapat selamat daripada api neraka dan mendapat keberuntungan dengan memasuki syurga,yang penuh dengan segala nikmat dan kelazatan.